H1N1: Kondom Dan Jarum Suntikan Percuma Boleh Diberi Kepada Penagih Dadah, Kenapa Kerajaan BN Tidak Usaha BeriTopeng Percuma Kepada Rakyat !!

Gejala "Selsema Babi" kini nampaknya semakin berbahaya dan serius. Berpuluh rakyat Malaysia yang mati akibat virus Influenza A H1N1, dan kemungkinan besar jumlah ini akan meningkat dari masa ke semasa.

Persoalannya, kenapakah majoriti yang mati akibat gejala ini adalah terdiri dari kalangan orang Melayu?. Apakah kerana bangsa Melayu kurang penjagaan kesihatan, lantaran memudahkan kuman tersebut merebak dengan cepat. Lebih parah lagi,tersebut juga kini telah menyerang Tengku Puan Pahang serta anak-anaknya.


DIKUARANTIN...Anak-anak Tengku Puan Pahang, Tengku Muhammad danTengku Afzan mendapatkan vaksin anti-viral Influenza A(H1N1) di hospital.

Statistik terus meningkat, baik dari segi kematian mahu pun mereka yang dijangkiti penyakit tersebut. Apakah kerajaan sedar bahawa penyakit ini cukup berbahaya, malah begitu dasyat sekali. Soalnya, apakah langkah pencegahan yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini berkesan untuk menghalang kuman itu dari terus merebak?. Kenapa langkah yang diambil seolah-olah sambil lewat sahaja?. Sedangka rakyat yang tidak berdosa semakin ramai yang terus teraniaya.
Apa yang dilakukan oleh kerajaan hanya sekadar memaklumkan yang statistik terus meningkat semata-mata. Kenapakan tiada tindakan tegas dan drastik dilakukan, demi menyelematkan lebih banyak nyawa terkorban akibat gejala ini.Jika dilihat kepada keperihatinan kerajaan menangani masalah kuman HIV dan AIDS dikalangan penagih dadah sebelum ini, mereka sanggup untuk menyerah dan menyumbangkan jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah dan mereka yang terlibat.
Kenapa dalam kes H1N1 ini, kerajaan tidak memberikan "Topeng Muka" percuma kepada rakyat, terutamanya mereka yang mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti penyakit tersebut. Apakah cukup sekadara melihat dan membuat statitik, sedangkan lebih ramai nyawa yang akan terkorban.
Apakah juga mereka mahu menunggu isteri atau keluarga pemimpin UMNO sendiri menerima bala tersebut barulah tindakan lebih tegas akan dilakukan. Saranan Tengku Mahkota Pahang, agar kerajaan melaksanakan tindakan yang lebih berkesan dalam menangani kes ini perlulah diberi perhatian. Malah, sepatutnya sudah ada sekatan demi sekatan terhadap penganjuran acara-acara besar yang boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada rakyat.