H1N1: Seorang anak Tengku Puan Pahang belum pulih.

Tunku Azizah Aminah berkata, empat anakanda baginda iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14; pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, serta Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7, beransur pulih.
Namun, menurut Tunku Azizah Aminah, keadaan seorang lagi anakandanya, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12, masih belum pulih daripada jangkitan walaupun sudah diberikan suntikan antiviral.

"Selepas diberi suntikan antiviral, keadaan Tengku Muhammad Tunku Azizah Aminah masih membimbangkan. Difahamkan, doktor yang merawat kami juga disahkan dijangkiti H1N1 ," kata baginda semasa dihubungi pemberita di sini semalam.
Tunku Azizah Aminah berkata demikian sebagai mengulas perkembangan kesihatan lima anakandanya selepas dijangkiti H1N1 dan dimasukkan ke HTAA di sini sejak Jumaat lalu. Baginda pula dimasukkan ke hospital yang sama pada hari berikutnya seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam.